GIG1005 SOCIAL ENGAGEMENT
Reflective Writing
Syaza Izzati Bt Roslan(MIC170045)
Date:6/5/2018
Sebelum pergi
ke Kampung Desa Temuan untuk aktiviti jalinan masyarakat, saya, sebagai salah
satu ahli biro makanan , berasa agak sibuk dan penat untuk membelikan makanan
hadiah untuk kanak-kanak disana. Hal ini kerana, pelbagai persiapan perlu disiapkan
untuk memenuhi keperluan mereka dan supaya mereka menikmati keseronokan nanti.
Selain itu juga, pada minggu itu juga, keluarga saya dari Kedah juga turut
datang untuk melawat saya yang sebelum ini demam. Oleh sebab itu, saya juga
tidak sanggup untuk menghalang mereka dari datang, jadi, kerja semakin tergesa
gesa disebabkan saya perlu bertemu keluarga. Pada masa yang sama, saya berasa
bersalah kepada ahli kumpulan yang lain, namun, syukur,, semuanya selesai
sebelum kami bertolak ke sana .
29 April 2018,
hari yang dinanti nantikan pun tiba. Masing- masing berasa risau jika
kelengkapan tidak mencukupi ataupun, aktiviti yang disediakan tidak
mendapat galakan dari kanak- kanak di sana. Pagi itu, saya bangun awal agar
tidak kalut dan tergesa-gesa. Sesudah bersiap dan meninggalkan bilik, saya
pastikan tiada barang yang tertinggal dan kemudian bergerak ke perhentian bas
di hadapan Kolej Kediaman Pertama. Sejurus bas tiba, kami memindahkan hadiah
kedalam dan masing-masing mengambil tempat duduk. Sepanjang perjalanan, saya
berasa tidak sabar untuk bertemu kanak- kanak di sana. Setibanya kami di sana,
terlihat beberapa orang kanak-kanak berlari-lari menuju ke dalam dewan. Dari
situ, saya berasa agak yakin yang aktiviti kami ini mendapat sambutan yang
memberansangkan dari penduduk disitu. Kemudian, saya selaku ahli biro makanan,
perlu menyiapkan kelengkapan untuk membuat sandwich dan makanan sarapan yang
akan diedarkan tidak lama lagi. Saya dan ahli-ahli yang lain, mula membersihkan
peralatan masakan seperti pisau, talam, bekas air dan banyak lagi. Pekerjaan
kami untuk meyediakan makanan dibantu bersama oleh ibu-ibu yang tinggal di
Kampung Desa Temuan itu. Pertama, saya terlibat untuk menyapu marjerin ke atas
roti, kemudian, bergerak untuk meletakkan sardin pula. Walaupun perlu
menyediakan sandwich tersebut dalam kuantiti yang banyak, namun saya merasakan
semuanya dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing bekerjasama
memmbantu. Dalam masa yangsama, saya turut erual bersama ibu-ibu di sana. Saya
gembira kerana mereka sangat peramah dan baik. Tempat kami menyediakan makanan
berada bersebelahan ruang di mana ahli- ahli yang lain melakukan aktiviti,
jadi, dari situ, saya berkesempatan untuk melihat kanak-kanak berseronok dan
menikmati permainan yang disediakan. Mereka kelihatan sangat riang dan comel,
sehingga meyebabkan saya berasa ingin turut bermain bersama mereka dang
meninggalkn kerja sebentar. Tapi saya masih mampu menahan perasaan, kerana saya
yakin, kerja ini akan siap tidak lama sahaja lagi. Selain itu, ahli-ahli dari
biro lain juga datang untuk membantu menyediakan sandwich, saya sangat
berterima kasih kepada mereka kerana sudi sama-sama berganding bahu. Kira-kira
jam 12, sesudah kami siap, saya berasa ingin turut sertai kanak- kanak di sana
dan bergerak ke salah satu permainan di kawasan lapang berhadapan dewan.
Tenyata benarlah, kanak-kanak disana sangatlah riang, aktif dan penyayang.
Apabila tiba waktu makan tengahari, saya menjemput mereka ke kawasan di mana
makanan diedarkan. Ketika ini, saya berasa sangat seronok kerana masing-masing
mengikut dan ingin berjalan bersama-sama saya. Kemudian, saya pun memberi nasi,
sandwich dan minuman kepada mereka. Apabila selesai memberi makanan dan
minuman, saya terlihat seorang bayi comel yang sedang didukung oleh ibunya di penjuru tempat tersebut. Disebakbkan saya
terlalu menyukai bayi, saya terus mendekati ibu tersebut, dan berbual-bual.
Selepas itu, saya meminta izin darinya untuk memegang dan menjaga bayi tersebut,
dan diizinkan. Bayi tersebut, yang bernama Adif Danial, sangatlah baik, kerana
tidak senang menangis dan senang bersama semua orang. Apabila saya mendukung
bayi tersebut, pelajar-pelajar yang lain turut berasa geram terhadapnya kerana
Adif terlalu comel. Selain itu, saya juga telah berkawan dengan kakak kepada
Adif, iaitu Biha. Biha seorang kanak-kanak yang agak pendiam dan malu. Saya
perlu bercakap secara perlahan dan lembut agar dibalas oleh Biha. Sepanjang
aktiviti, saya banyak menghabiskan masa bersama Biha dan Adif. Tetapi tidak dilupakan
juga kanak-kanak yang lain. Apabila aktiviti di dalam dewan, saya telah
berkawan dengan lebih ramai kanak-kanak yang comel. Mereka sangatlah senang
didekati. Disebabkan terlalu sayang, saya juga turut duduk dikalangan mereka
serta sedang memegang Adif. Saya turut membawa Biha kerana dia agak pemalu. Di
sana, saya dapat melihat keseronokan dan kepuasan mereka dari wajah mereka,
membuatkan saya lega dan berpuas hati. Setelah aktiviti diambil alih oleh
fasilitator Career Talk, saya menngambil peluang untuk menunaikan solat di
surau berdekatan memandangkan waktu Zohor telah masuk pada ketika itu. Sesudah
solat, saya menuju ke ruang makan untuk menjamu sandwich dan nasi dan kemudian
terus kembali ke dalam dewan. Apabila saya tiba di dewan, kanak-kanak sedang
berseronok bermain kerusi muzik, langsung saya menuju ke pentas untuk bermain
bersama kanak-kanak yang telah
tersingkir. Tidak lama kemudian, tamat segala aktiviti, maka tiba di
acara penutup. Kami menyambut kedatangan ahli-ahli kehormat, dan kemudian
menyanyikan lagu Universiti Malaya. Ketika itu, saya dapat lihat wajah
kanak-kanak yang kagum melihat kami menyanyikan lagu tersebut. Apabila tiba
sesi pemberian hadiah dalam cabutan bertuah, saya berasa sangat terharu melihat
mereka yang sangat seronok menerimanya. Jelas menunjukkan mereka sangat
menghargai segalanya yang diberi. Lebih menggembirakan, Adif juga menerima
salah satu hadiah cabutan bertuah. Hihi bertuahnya Adif. Mungkin semua lupa,
Adifla bayi yang saya dukung dari awal program ini. Selain itu, disebelah saya,
ada Biha, namun dia agak sedih kerana nombor cabutannya hilang dan dia asyik
merayu inginkan hadiah. Saya juga berasa agak kecewa kerana tidak menyimpan
nombornya dari awal. Sewaktu pemberian
hadiah beg roda, iaitu hadiah utama cabutan bertuah, saya telah menitiskan air
mata. Keseronokan kanak-kanak tersebut membuatkan saya begitu terharu.
Jelaslah, bagi mereka, hadiah sebegitu sudah cukup membuatkan mereka gembira.
Seusai sudah segala aktiviti dan majlis penutupan, kami sempat bergambar
beramai-ramai. Terasa berat untuk meninggalkan mereka. Pada jam kira-kira 4
petang, kami mula mengemas barang dan mengumpul barang. Akhir sekali, kami
berterima kasih kepada Encik Azman dan penduduk di Kampung Desa Temuan kerana
telah menerima kedatangan kami dengan sebaiknya. Segala layanan sangatlah kami
hargai. Apabila bas tiba, kami pun beransur pulang.
Sekarang sudah hampir
seminggu kami meninggalkan kampung tersebut, namun kenangan bersama mereka
masih kekal dalam ingatan. Saya berharap, mereka juga masih mengingati kami.
Diharapkan kita dapat bertemu lagi di masa hadapan. Saya juga berharap mereka
mengambil segala pengajaran-pengajaran penting yang telah disampaikan dan
menjadi orang berguna di masa hadapan.
(1007 patah perkataan)
Comments
Post a Comment