Aktiviti kemasyarakatan pertama 25/3/2018

Pada tarikh 25/3/2018, sekumpulan pelajar Sains Bioperubatan tahun pertama seramai 9 orang telah berkunjung ke perkampungan Orang Asli tersebut untuk menjalankan aktviti kemasyarakatan bersama kanak-kanak di sana.

Kami berangkat dari University Malaya pada jam 8.15 pagi dan tiba di destinasi pada jam 9.00 pagi. Sesudah sampai, kami terus menyediakan tempat untuk dijalankan aktiviti yang telah ditetapkan.



Sebelum aktiviti dimulakan, pendaftaran dan pengedaran flyer serta doorgift telah dilakukan. Seramai 53 kanak-kanak telah menyertai aktiviti kami dalam lingkungan umur 6-13 tahun. Aktiviti ini dikendalikan oleh Yen Yee.


Aktiviti pertama ialah kerjaya talk yang bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bidang ataupun skop pelajaran yang terdapat di negara kita serta bidang pekerjaan. Aktiviti ini dikendalikan oleh Alice dan Putt.




Seterusnya, aktiviti yang dijalankan ialah Math Game dan Flashcard. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Haziq dan Athirah. Game ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keseronokan subjek matematik dan menrungkai minat kanak-kanak tersebut.

Selepas itu, Lego dan Puzzle Game turut juga terdapat dimana ia dikendalikan oleh Sofea dan Wafi. Kanak-kanak semua amat menikmati keseronokan permainan yang berunsur pelajaran yang telah kami sediakan.




Keseluruhan aktiviti tamat pada jam 12.30 tengah/hari dan kami bertolak balik ke UM sejurus selepas habis program.

Kami turut belajar sesuatu daripada mereka dan dapat menimba pengalaman yang menarik. Kami ingni mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat atas usaha yang baik dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Comments