D-Day Projek di Kampung Desa Temuan

29 April 2018 merupakan hari yang dinanti-nantikan di mana hari tersebut merupakan hari projek di Kampung Desa Temuan akan dilaksanakan. Pelbagai persiapan daripada semua biro telah dijalankan untuk memastikan projek berjalan dengan lancar.

Bunting projek

Banner projek

Pelajar-pelajar telah bertolak dari perhentian bas Kolej Pertama ke Kampung Desa Temuan pada 7:30 pagi dan telah sampai di sana pada pukul 8:00 pagi. Sebaik sahaja sampai, pelajar-pelajar telah menyusun barang-barang keperluan di tempat yang sepatutnya. Penerangan terakhir telah diberikan kepada semua pelajar sebelum aktiviti-aktiviti bermula.

 

Penerangan dan persiapan terakhir

Projek telah bermula dengan 'zumba' yang telah diketuai oleh pelajar-pelajar daripada Fakulti Perundangan Universiti Malaya. Tarian 'zumba' ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Fakulti Perundangan, Sains Bioperubatan dan kanak-kanak di kampung tersebut. Setelah itu, kanak-kanak dikumpulkan mengikut umur, yang kemudiannya dibahagikan kepada 8 kumpulan. Selepas mengambil sarapan, aktiviti Explorace dimulakan.

Aktiviti 'zumba'

Aktiviti Explore Race dibahagikan kepada empat stesen. Terdapat dua kumpulan yang berlawan antara satu sama lain di setiap stesen. Markah diberikan dan akan dikumpulkan untuk menentukan pemenang. Pada masa yang sama, terdapat sebahagian pelajar-pelajar Sains Bioperubatan yang terlibat dengan aktiviti gotong-royong di perpustakaan dan dewan.






Aktiviti-aktiviti di semua station Explorace 

Selepas Explorace, makanan tengah hari iaitu nasi goreng, sandwic dan air sirap yang telah disediakan oleh pelajar-pelajar biro makanan dan yang membantu telah diberikan kepada kanak-kanak.

Kemudian, demonstrasi pula diadakan iaitu eksperimen untuk menunjukkan keburukan merokok serta cara-cara membasuh tangan dengan betul. Di dewan, kanak-kanak menunjukkan minat dan memberikan kerjasama semasa demonstrasi tersebut ditunjukkan. Ceramah kerjaya diadakan selepas itu. Cermaah kerjaya yang diadakan telah mendedahkan kanak-kanak tersebut dengan jenis-jenis pekerjaan yang ada dan mendapat tahu sedikit sebanyak cita-cita mereka. Aktiviti diteruskan dengan permainan kerusi berirama yang disertai oleh semua kanak-kanak yang ada di situ.



 Demonstrasi keburukan merokok dan cara-cara membasuh tangan dengan betul

Pada pukul 2 petang, majlis penutup telah dijalankan. Ucapan, pemberian hadiah kepada pemenang aktiviti Explorace dan cabutan bertuah diadakan. Projek di Kampung Desa Temuan diakhiri dengan semua pihak berpuas hati. Pelajar-pelajar Universiti Malaya telah bertolak balik pada pukul 4:30 petang, dengan harapan projek seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.




Majlis penutup

Comments