GIG 1005 JALINAN
MASYARAKAT
ESEI REFLEKTIF
Nur Farhanah Bt Sharudin (MIC170029) Date: 4/5/2018
Pada sem ini, saya dan rakan-rakan perlu mengambil
subjek universiti GIG 1005, Jalinan Masyarakat. Pada mulanya kami dibahagikan
kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan tersebut diarahkan untuk memikirkan
jenis aktiviti sukarelawan yang hendak dilakukan dan subjek koordinator kami
iaitu Dr. Puah Suat Moi akan memilih aktiviti sukarelawan yang telah kami
senaraikan dan mudah untuk dilakukan. Tiba-tiba pihak CITra telah mengeluarkan
arahan untuk membuat satu aktiviti sukarelawan yang perlu dilakukan secara berterusan.
Maka, kami semua telah bersetuju untuk memilih perkampungan orang asli untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Pelbagai cabaran telah kami hadapi untuk memilih
perkampungan orang asli ini kerana kami tidak tahu cara prosedur yang betul
untuk mendapat keizinan untuk melakukan aktiviti sukarelawan di tempat tersebut
daripada pihak berwajib. Pada awalnya kami memilih Kampung Orang Asli Batu 12
Gombak tetapi pihak JAKOA lebih mencadang kami untuk memilih desa temuan kerana
lebih dekat dari UM.
Saya telah terpilih untuk menjadi ahli biro makanan
dan logistik. Tugasan pertama yang telah saya dapat selepas wakil majlis
tertinggi melakukan lawatan tapak yang pertama adalah biro makanan perlu keluar
untuk membeli barang untuk membuat cenderamata yang akan diberi kepada
kanak-kanak pada 25/3/2012. Pada hari tesebut, rakan-rakan yang lain, telah
ditugaskan untuk membuka satu booth di Desa Temuan untuk mempromosikan program
yang akan kami lalukan di sana. Sambutan yang kami terima daripada orang
kampung agak memberangsangkan.
Kemudian, pihak majlis tertinggi melakukan lawatan
tapak sekali lagi untuk berbincang besama En. Azman dengan lebih terperinci
tentang perkara yang kami boleh lakukan dan tidak boleh lakukan ketika bersama
dengan orang kampung. Pelbagai perubahan telah dilakukan dari semasa ke semasa.
Misalnya, bilangan hadiah , jenis makanan , hadiah untuk tetamu kehormat dan
lain-lain lagi. Ketua biro kami telah memesan plak penghargaan untuk tetamu
kehormat secara online. Malangnya, saiznya terlalu kecil dan kami perlu
menambah hamper untuk diberikan kepada tetamu kehormat. Selain itu, tiada
sesiapa daripada biro kami tahu untuk membalut hamper dan kami perlu u melihat
tutorial di youtube. Pada mulanya biro kami bercadang untuk membeli barangan
untuk membuat hamper serta sandwich di maydin akan tetapi kami tidak tahu
bahawa pasar raya itu tutup awal pada hari khamis. Kami pelu mencari pasar raya
berdekatan yang menawarkan harga yang berpatutan untuk membeli barangan yang
kami perlukan. Untuk mencari kertas pembalut hadiah hamper juga satu cabaran ,
kerana tidak banyak yang menjual kertas tersebut dengan harga yang murah. Kami
bernasib baik kerana ada seorang daripada biro kami sedang berada di rumah, dia
yang mencari pembalut tersebut sehingga jumpa. Semasa membalut hamper-hamper
tersebut semua biro telah membantu kami untuk menyelesaikannya.
Pada hari Ahad bersamaan dengan 29.4.2012 merupakan
hari kemuncak buat kami semua. Pada hari tesebut kami telah berjaya
melaksanakan program kami dengan gilang-gemilang. Seawal 7.15 pagi kami pelu
berkumpul di stesen bus dan kami tiba di Desa Temuan sekitar 8.15 pagi. Tibanya
kami disana, kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibahagikan
sebelumnya. Biro kami juga telah dibantu bersama rakan-rakan dari biro yang
lain serta makcik-makcik di sana. Kami membersihkan segala peralatan yang akan
digunakan untuk mebuat sandwich telur dan sardin serta air minuman. Barangan
masakan telah dibawa terlebih dulu sebelum hari kejadian. Kami telah meminta
tolong makcik-makcik di sana untuk merebus telur terlebih dahulu malangnya
mereka terlupa. Oleh itu, kami agak kelam kabut kerana khuatir masa tidak
mencukupi tetapi keadaan masih terkawal. Kami merebus telur itu sejurus
mendapat periuk yang kami hendaki. Saya telah menolong untuk membuat inti bagi
kedua-dua jenis sandwich serta air minuman. Saya juga menolong untuk
membungkuskan sandwich yang telah siap. Kami juga telah berkerjasama dengan
pelajar undang-undang ketika hari kejadian. Terjadi perebutan api untuk memasak
tetapi segalanya dapat diatasi dengan baik. Selain itu , seoarang pensyarah
daripada kos kami telah menyumbang nasi sebanyak 200 pax dan ketika itu terjadi
lambakan makanan kerana bilangan peserta untuk akitviti kami agak sedikit
daripada yang kami harapkan. Kami telah memberi kesemua makanan tersebut kepada
orang kampung untuk dibawa pulang. Kanak-kanak yang terlibat semuanya terlihat
gembira dan saya juga bersa lega kerana makanan yang kami sediakan sedap.
Tiba-tiba satu kejadian telah berlaku. Dua orang kanak-kanak
lelaki telah terlibat dalam pergaduhan dan salah seorang daripada mereka telah
tercedera dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lebih lanjut. Mujur tiada
kecederaan yang serius berlaku. Walapun acara kami sehingga petang namun
kanak-kanak itu masih terlihat energetik dan semangat. Aktiviti yang paling
mencuit hati saya ialah ‘musical chair’. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
seperti pada sebelah pagi kita ada zumba, gotong-royong, ‘explorace’ dan pada
sebelah petang ceramah kesihatan dan ceramah kerjaya serta acara penutup.
Mereka juga mendapat ilmu tentang cara basuh tangan yang betul serta
kepentinganya yang telah ditunjukkan dalam bentuk drama dan keburukan merokok.
Pada pukul 4.00 petang kami beransur pulang.
Akhir sekali, pelbagai nilai yang telah saya dapat
sepanjang menjayakan aktiviti ini. Saya dapat belajar untuk membalut hamper dan
dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih mendalam. Saya juga belajar bahawa
untuk mejayakan sesuatu program kita tidak boleh bekerja sendirian. Kita perlu
saling bantu-membantu agar tugas tersebut dapat disiapkan mengikut masa. Kita
juga tidak boleh lalai semasa melakukan tugasan agar kejadian yang tidak
diinginkan tidak berlaku. Kita juga perlu merancang awal untuk menjayakan sesuatu
program dan perlu bersungguh-sungguh. Menjadi sukarelwan juga membuka mata saya
bahawa tidak semua orang dapat menimati kemodenan dunia kerana kadangkala
mereka tidak terlalu didedahkan dengan perkara tersebut. Oleh itu, apabila kita
berkongsi pengetahuan yang kita ada tentang sesuatu perkara, mereka juga dapat
belajar walaupun sedikit tapi cukup bermakna.
Comments
Post a Comment