GIG 1005 JALINAN MASYARAKAT
PENULISAN REFLEKTIF
PROGRAM INTERAKSI BERSAMA KOMUNITI DESA TEMUAN
Mohamad Aizuddin Bin Mohd
Yusoh (MIC170021) Tarikh:
3/5/2018
Seperti yang telah diketahui ramai terutamanya rakyat Malaysia sendiri, negara kita sememangnya terdiri dari pelbagai jenis bangsa. Namun yang demikian tidak kesemuanya bernasib baik terutamanya dari segi pembelajaran. Tujuan program Interaksi Bersama Desa Temuan yang diadakan pada 29 April 2018 merupakan langkah untuk mendedahkan masyarakat Desa Temuan terutamanya golongan kanak kanak kepada kepentingan pembelajaran itu sendiri agar komuniti yang lebih baik dapat dibentuk. Saya berasa amat teruja kerana ini merupakan program pertama saya untuk menabur bakti kepada masyarakat setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2014.
Saya telah memilih untuk menjadi salah seorang ahli biro makanan. Sejujurnya saya amat berminat untuk menjadi pihak yang terlibat dalam mengendalikan urusan makanan. Tugas pertama kami untuk program ini ialah membeli bahan bahan untuk digunakan untuk menyediakan sandwich pada hari kejadian. Selain itu kami juga bertanggungjawab untuk menyediakan hamper untuk tetamu VIP dan juga kepada kanak kanak. Ketika ini keadaan agak mencabar sedikit kerana rata rata ahli biro makanan tidak mengetahui cara untuk membalut hamper. Namun di sinilah terjalinnya sifat kerjasama untuk membantu sesama ahli, nilai murni seperti ini perlulah sentiasa diamalkan dalm masyarakat kita. Semua kelengkapan untuk program ini telah siap dan kami semua sedia untuk berkhidmat.
Pada hari kejadian, ketika awal hari keadaan seperti kelam kabut sedikit kerana pihak atasan Desa Temuan lambat sedikit menyediakan kelengkapan untuk merebus telur serta untuk memanaskan air. Selain itu, kami juga perlu berkongsi tempat untuk memasak bersama dengan pelajar dari Fakulti Undang Undang. Namun hal yang demikian keadaan menjadi reda seperti sedia kala selepas beberapa perbincangan.
Mujur kami dibantu oleh ahli dari biro yang lain untuk proses membuat sandwich. Perkara yang menarik serta mencabar bagi saya ialah apabila saya ditugaskan oleh Deon untuk menjadi individu yang bertanggungjawab untuk menyediakan air minuman untuk kanak kanak. Ianya merupakan sebuah pengalaman yang bagus untuk saya serta memberi kepuasan kepada saya kerana saya dapat melihat terus reaksi mereka yang menyukai minuman yang dihasilkan oleh saya sendiri. Namun setiap hasil yang baik mesti melalui sedikit halangan atau permasalahan. Antara masalah yang dihadapi ialah cawan yang kami sediakan tidak mencukupi serta kami tidak menyediakan air botol mineral atau air kotak minuman untuk dihidang kepada kanak-kanak ketika mereka menyertai aktiviti yang disediakan oleh biro aktiviti. Selain itu, jumlah kanak kanak yang hadir pada hari tersebut kurang daripada anggaran dari pihak kami iaitu hanya 30 kanak kanak yang hadir berbanding 150 sasaran kami. Jadi di sini telah berlakunya masalah makanan berlebihan yang begitu banyak. Masalah makanan berlebihan juga berlaku apabila Dr Ain juga turut menyumbangkan makanan. Kami agak terkejut kerana tiada sebarang informasi daripada beliau sebelum hari kejadian. Segala masalah berkaitan makanan dapat diselesaikan terus pada hari kejadian. Selain terlibat di bahagian dapur, saya juga terlibat ketika aktiviti gotong royong membersihkan persekitaraan dewan tersebut.
Pada hari kejadian, telah berlaku pergaduhan di antara kanak kanak Desa Temuan. Kecederaan yang agak teruk berlaku kepada salah seorang daripada mereka yang telah digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kanak kanak tersebut diiringi oleh Dr Puah dan Fadhil. Disebabkan ketiadaan Fadhil sebagai pembaca doa untuk acara penutup di sebelah petang, saya terpaksa menjadi penggantinya. Sejujurya ini kali pertama saya membaca doa di dalam majlis rasmi setelah kali terakhir melakukannya ketika Tingkatan 3. Gemuruh, resah, takut dan pelbagai jenis perasaan bercampur baur ketika saya mengetahui saya perlu menjadi penggantinya. Namun yang demikian semuanya berjalan lancar ketika majlis penutup tersebut. Upacara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah berlangsung dengan lancar sekali.
Setiap majlis perlulah direkodkan kenangannya, jadi kami semua berkumpul di atas pentas untuk bergambar bersama Encik Azman , kanak kanak Desa temuan dan para pensyarah. Syukur semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Perjalanan pulang ke keolej terasa seperti lama setelah seharian bertungkus lumus menjayakan program ini. Namun tugas kami sebagai biro makanan belum selesai walaupun progran interaksi telah tamat. Kami mengagihkan nasi kukus yang begitu lazat dan enak sekali kepada setiap ahli Bioperubatan tahun 1 sebagai makanan untuk mengisi semula tenaga mereka yang telah kehabisan. Menjadi sukarelawan untuk program ini sedikit sebanyak membuka mata dan minda saya bahawa masih ada masyarakat yang memerlukan bimbingan untuk merubah nasib mereka menjadi lebih baik. Saya begitu berterima kasih dan bersyukur sekali diberi peluang untuk menyertai program ini yang memberi banyak nilai kepada saya. Tidak dilupakan juga Dr Puah, barisan Majlis Tertinggi dan setiap ahli anggota Bioperubatan tahun 1 yang tidak kenal erti penat lelah serta tidak berputus asa untuk menjayakan program ini walaupun pelbagai halangan dihadapi sebelum, ketika dan selepas program ini. Saya berharap usaha kami ini dapat diteruskan oleh pelajar Bioperubatan tahun hadapan agar projek jangka masa panjang kami ini berjaya membuahkan hasil dan saya juga berharap saya dapat menyertai program kemasyarakatan seperti ini lagi di masa hadapan Sekian sahaja coretan pengalaman daripada saya , terima kasih.

( 800 patah perkataan )
Comments
Post a Comment