Pada tarikh 11 Mac 2018, seramai 4 orang pelajar Sains Bioperubatan tahun pertama telah mewakili kelas berkunjung ke perkampungan Orang Asli Temuan di Damansara atas jemputan Encik Azman, orang bertugas di kampung tersebut. Kunjungan ini telah diiringi oleh kursus kordinator kami, iaitu Dr Puah. Mereka bertolak dari Universiti Malaya pada pukul 9.30 pagi.
Dalam perjumpaan ini, kami telah berbincang dengan Encik Azman tentang aktiviti kami pada 29/4/2018 yang akan datang termasuk perkara yang harus diberi tumpuan semasa bergaul dengan orang Asli. Selain itu, Encik Azman juga memberi beberapa cadangan atas item yang akan disediakan bagi cabutan hadiah seperti rak buku, beras, dan barang keperluan harian.
Semasa berada di kampung tersebut, kami juga bertemu dengan pelajar dari Fakulti Perundangan Universiti Malaya. Mereka juga mengadakan beberapa aktiviti bagi masyarakat di kampung tersebut pada masa tersebut.

Pelajar-pelajar kami juga melakukan site visit di sekeliling tempat aktiviti yang kami akan gunakan. Gambar telah ditangkap sebagai rujukan semasa mesyuarat dengan semua orang pada hari kemudian. Akhirnya, perjumpaan dengan Encik Azman dan site visit tamat pada pukul 10.30 pagi.
Comments
Post a Comment