Mesyuarat Pertama Jalinan Masyarakat


    Mesyuarat pertama Jalinan Masyarakat telah diadakan pada 26 Februari 2018 jam 10.00 pagi - 11.00 pagi diketuai oleh pengarah Jalinan Masyarakat iaitu Farrhan. Para pelajar Sains Biomedikal telah berpakat untuk memilih Aktiviti kemasyarakatan di Perkampungan Orang Asli sebagai projek yang akan dinilai untuk Jalinan Masyarakat. 

   Prosedur pertama yang kami lakukan ialah menyediakan proposal untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (JAKOA) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni University Malaya (HEPA). Proposal yang dikemukan mengandungi lokasi, tarikh, objektif projek dan sebagainya. 




   Kemudian, perbincangan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan semasa projek tersebut dilakukan dengan cara pelajar memberi cadangan dan terangkan cara aktiviti dijalankan. Beberapa cadangan telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam proposal sebelum dikemukan kepada pihak JAKOA dan HEPA. Hal ini bagi memberi gambaran kepada pihak mereka tentang projek ini. 







Comments