Nuraini binti Yahya (MIC170034)

GIG 1005 JALINAN MASYARAKAT
REFLECTIVE WRITING
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DESA TEMUAN

Nuraini Binti Yahya (MIC170034)                                                                            Tarikh: 5 MEI 2018

            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jalinan masyarakat adalah merupakan subjek universiti yang wajib diambil oleh setiap mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya interaksi antara pelajar dengan masyarakat yang banyak memberi nilai murni dan impak positif kepada kedua-dua belah pihak.Bagi memenuhi tugasan ini,saya dan rakan sekumpulan dari jurusan Sains Bioperubatan telah bersepakat untuk menjalankan projek ini di Desa Temuan Orang Asli berdekatan Damansara Utama pada 29 April 2018 yang lalu. Sebelum projek ini dilaksanakan, saya berasa kurang yakin untuk menyertai program ini kerana saya mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Pada masa yang sama, saya juga berasa amat teruja unutk menyertai projek ini kerana saya tidak pernah terlibat dengan projek sebegini dan kurang terdedah kehidupan orang asli sebelum ini  walaupun saya pernah melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan terhadap masyarakat seperti memberi makanan dan bekalan keperluan seharian kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.Saya menganggap program ini sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan tahap keyakinan dalam diri di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan dan masyrakat setempat dari semasa ke semasa.

            Saya merupakan salah seorang Ahli JawatanKuasa (AJK) dari Biro Protokol dan Aktiviti telah bertungkus lumus untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi penduduk di sana. Sebelum projek ini dijalankan, saya dan kumpulan saya mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tentang tentatif dan aktiviti yang patut dijalankan serta mendapatkan kata sepakat dan persetujuan dari semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini tanpa ada sebarang permasalahan.Antara aktiviti yang dicadangkan ialah aktiviti explorace yang merangkumi permainan bola beracun,susun “puzzles”, “sinking bowl” dan “hide and find”. Saya sebagai fasilitator yang menjaga stesen bola beracun berasa sangat gembira kerana stesen ini merupakan stesen yang paling meriah dan mendapat tumpuan sepenuhnya daripada kanak-kanak Orang Asli di sana .Kami juga melakukan eksperimen rokok untuk mendedahkan tentang bahayanya rokok dalam badan kita terutamanya paru-paru kepada kanak-kanak dan penduduk di sana. Hal ini dapat menarik minat mereka untuk mengetahui lebih mendalam tentang keburukan merokok. Selain itu,kami juga mengajar kanak-kanak di sana tentang cara membasuh tangan yang betul.Aktiviti ini berjaya mendapat kerjasama dari semua orang. Faedah-faedah  yang saya dapat sebagai biro protokol dan aktiviti ini ialah saya dapat belajar untuk mengendalikan aktiviti dengan sebaik mungkin, berkerjasama untuk menyelesaikan tugasan, bersedia untuk menerima arahan daripada pihak atasan,berusaha unutk menyelesaikan sebarang masalah dan sebagainya.

            Antara cabaran yang dihadapi semasa projek ini dijalankan ialah kami perlu mengajak dan memujuk kanak-kanak yang berada di sana untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang kami jalankan. Hal ini kerana terdapat sesetengah kanak-kanak yang masih malu dan segan untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain. Target kami ialah seramai 150 kanak-kanak yang akan hadir tetapi malangnya kehadiran tidak begitu mengalu-alukan. Ini menyebabkan terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai ahli yang sikit dan ahli yang terlalu ramai kerana pembahagian kumpulan itu mengikut umur kanak-kanak yang hadir. Namun begitu, semangat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di sana dapat memeriahkan lagi keadaan di sana. Semangat mereka memberikan tenaga kepada kami untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancangkan. Cabaran lain ialah terdapat beberapa orang yang mengalami salah faham antara satu sama lain sehingga menyebabkan kecederaan dan kejadian ini juga melibatkan ibu bapa mereka dan orang kampong di sana. Kecekapan yang ditunjukkan oleh Encik Azman dan Dr Puah dapat menenangkan suasana di sana dan masalah yang dialami juga dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang permasalahan.

            Di samping itu, melalui projek yang telah dijalankan, saya telah mendapat banyak input dan pengetahuan baru serta pengalaman yang berharga berkaitan dengan soal kemasyarakatan di sekeliling kita. Daripada hasil kajian juga,saya telah mempelajari banyak ilmu baru yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang anggota masyarakat.Saya dapat belajar cara-cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-kanak yang berlainan umur serta berkongsi pengalaman bersama ibu bapa yang turut hadir untuk menjayakan projek ini. Hal ini juga dapat mengajar saya untuk bersabar dalam berinteraksi dengan kanak-kanak yang kurang mendengar kata.Saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi dengan kehidupan Orang Asli di sana kerana penduduk di sana peramah orangnya.Setelah semua aktiviti yang telah dirancangkan berjaya dijalankan,saya berasa amat berpuas hati dan gembira kerana saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan komitmen yang sebaik mungkin untuk kumpulan saya.Tetapi pada masa yang sama, saya berasa pilu dan sedih unutk meninggalkan kanak-kanak Orang Asli di sana kerana sifat peramah yang mereka berikan membuat saya berasa begitu rapat dengan mereka seperti keluarga. 

            Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan projek ini terutamanya Pihak Kemajuan Orang Asli (JAKOA) iaitu Encik Azman sendiri kerana memberi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman seperti ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah kami, Dr Puah Suat Moi selaku Penasihat bagi projek ini yang turut hadir menyertai dan menilai kami semasa program dijalankan dan juga rakan-rakan seperjuangan yang tururt sama berpenat lelah menjayakan projek ini. Sebagai kesimpulannya, projek ini sangat memberikan manfaat kepada kami dan kegembiraan yang tidak terhingga kepada mereka di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Saya berharap agar saya dapat melibatkan diri lagi dalam program kemasyarakatan yang lain yang boleh memberikan kesan positif kepada diri saya dan masyarakat setempat dan melahirkan insan-insan yang boleh bertindak secara proaktif dan dinamik.
 ( 856 patah perkataan)

Comments