Ch’ng Hui Zhen ( MIC170009 )

GIG1005 Social Engagement
Reflective Essay
Ch’ng Hui Zhen ( MIC170009 )                                                                                           3 May 2018

           Semasa mendapati bahawa kami akan mengambil subject Social Engagement pada Sem 2 ini, saya berasa sangat gembira kerana kami diberikan perluang untuk menolong orang lain dan saya sangat suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelaan. Biasanya, saya menyertai dalam aktiviti kesukarelaan yang dianjurkan pihak lain, tetapi kali ini, saya harus menganjurkan and juga menyertai aktiviti ini. Ini memberikan cabaran dan pengalaman yang baru kepada saya.

Selepas perbincangan, kami membuat keputusan untuk menjalankan projek ini di Kampung Desa Temuan iaitu sebuah kampung orang asli. Tujuan projek kami ialah memberikan pendidikan termasuklah ilmu tentang Sains kepada orang-orang asli.

Saya, seorang ahli Biro Aktiviti telah berbincang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dengan ahli-ahli lain. Pada masa ini, saya telah mempelajari bahawa kita mesti berani untuk memberikan pandangan dan juga berminda terbuka untuk menerima idea orang lain. Biasanya, saya tidak akan banyak bercakap dalam perbincangan dan hanya menerima idea yang dicadangkan. Hal ini demikian kerana saya takut dinilai oleh orang lain dan tidak yakin untuk memberikan idea di hadapan orang ramai. Tetapi projek ini merupakan satu platform yang baik untuk saya memperkuatkan diri sendiri. Melalui kerjasama ahli-ahli Biro Aktiviti, kami telah bercadang untuk menganjurkan Explorace yang terlibat stesen “hide and seek”, stesen bola beracun, stesen “puzzle” dan stesen “float and sink”. Saya bertanggunjawab untuk menjaga stesen “hide and seek” dengan seorang rakan saya, Aina.

Sebelum projek ini dijalankan, Aina, Nabilah, Wong dan saya tolong-menolong untuk membuat kad-kad. Pada masa itu, kami menghadapi masalah iaitu susah untuk mencari masa yang lapang untuk membuat kad sama-sama kerana kebanyakan kami terlibat dalam Avicenna Got Talent dan peperiksaan Microbiology diadakan pada minggu depan. Walaupun menghadapi masalah ini, kami rela untuk melapangkan masa pada waktu malam dan bekerjasama untuk membuat kad-kad ini sampai larut malam. Melalui pengalaman ini, kami lebih memahami antara satu sama lain dan juga mengeratkan hubungan persahatan kami.

Selain itu, saya juga terlibat dalam aktiviti untuk mengajar kanak-kanak mencuci tangan. Selepas perbincangan kami, kami bercadang untuk mempersembahkan satu drama untuk menyampaikan kepentingan mencuci tangan. Dalam aktiviti ini, saya ditugaskan sebagai seorang faci untuk memulakan aktiviti kami. Ini juga merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya kerana saya tidak pernah mengacarakan di hadapan orang-orang lain. Walaupun berasa gementar, saya juga harus mengacarakan aktiviti ini dengan terbaik. Dengan ini, sebelum projek ini, saya menghafal skrip-skrip dan belajar untuk mempunyai keyakinan semasa bercakap di hadapan.

Seminggu sebelum projek ini dijalankan, Choo, Farrhan, Efa dan saya telah mengunjung ke kampung ini dengan temanan Doktor Puah. Selepas berbincang dengan encik yang bertugas, kami mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang tentatif projek kami dan masalah yang akan dihadapi.

Dua hari sebelum projek kami, kami menjalankan test run untuk memastikan kelancaran akitiviti pada hari tersebut. Menurut pandangan rakan-rakan selepas mereka bermain permainan, saya dapat mengetahui kekurangan permainan Mathematics dan masalah yang akan dihadapi. Contohnya, saya sepatutnya hanya membenarkan two orang wakil daripada satu kumpulan untuk mencari jawapan, manakala orang-orang lain boleh memberikan tips-tips di tepi. Hal ini demikian kerana situasi akan menjadi kelam-kabut dan berebut jika semua kanak dalam kumpulan dibenarkan untuk mencari kad-kad jawapan. Pada masa itu, saya sedar akan kepentingan saling menolong supaya menjayakan projek ini. Pandangan rakan-rakan amatlah penting untuk saya membetulkan kekurangan permainan saya.

Pada hari tersebut, saya telah mempelajari untuk bersikap sabar semasa berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kanak-kanak itu lebih hiperaktif dan tidak menumpukan perhatian semasa saya menerangkan cara-cara untuk bermain. Oleh itu, sikap kasih sayang dan sabar sangat penting. Saya juga mengajar kanak-kanak untuk membuat soalan Matematik. Selain itu, cara berkomunikasi dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa. Jadi, ini menjadi masalah yang paling besar kepada saya. Saya harus menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami dan menarik untuk memikat perhatian kanak-kanak. Di samping itu, projek ini juga membawakan saya balik ke zaman kanak-kanak. Saya bermain dengan kanak-kanak dengan gembira dan seronok. Terdapat satu detik yang amat mengharukan ialah semasa saya bergaul dengan kawan saya, seorang kanak memegang tangan saya dengan tiba-tiba.

Melalui projek ini, saya telah menimba banyak pengalaman dan mempelajari cara berkomunikasi. Hubungan kami juga telah menjadi erat atas kerjasama kami untuk menjayakan projek ini. Saya menyedari kepentingan tolong-menolong dalam satu kumpulan projek, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jika kumpulan ini tidak bermuafakat, projek ini pasti tidak akan berjaya dijalankan. Oleh itu, saya amat bersyukur untuk mempunyai rakan-rakan sekelas yang baik. Kami sentiasa memberikan sokongan and cadangan walaupun orang itu dari biro-biro lain. Saya juga berterima kasih kepada Doktor Puah kerana sering memberikan cadangan dan tolongan kepada kami semasa projek ini dilaksanakan. Ini memang akan menjadi satu memori yang amat berharga kepada saya di universiti ini. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana diberikan peluang ini untuk membuat sesuatu yang berbakti kepada komuniti yang memerlukan bantuan kami, justeru menyebarkan pendidikan dan sikap kasih saying kepada masyarakat.

(782 patah perkataan)

Comments