Nabilah Izzati Binti Ridzwan (MIC170024)

GIG1005: JALINAN M ASYARAKAT
Penulisan Reflektif
Kampung Orang Asli Desa Temuan

Nabilah Izzati Binti Ridzwan (MIC170024)                                                 Tarikh: 4 Mei 2018

           Jalinan masyarakat merupakan subjek yang wajib diambil ketika saya berada di sem dua. Namun begitu,pada penghujung sem satu saya telah didedahkan dengan subjek ini serba sedikit oleh Dr. Puah Suat Moi, iaitu pensyarah bagi subjek tersebut. Beliau menyuruh saya dan rakan sekelas untuk membuat persiapan terlebih dahulu agar kami dapat terus menjalankan tugasan ini sebaik sahaja memasuki sem baharu. Kami semua telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap orang bertanggungjawab untuk mencari tempat yang sesuai bagi menjalankan kerja kursus tersebut. Setelah memasuki sem baharu kami semua bersua muka kembali bersama  pensyarah kami setelah sekian lam. Akhirnya, Kampung Orang Asli Desa Temuan telah dipilih menjadi tempat tugasan kami.

         Pada mulanya saya berasa takut dan risau kerana saya tidak pernah terlibat dengan orang asli sebelum ini. Saya juga risau akan penerimaan mereka terhadap kami. Jadi pelbagai cara telah dibincangkan agar kami dapat menarik minat mereka. Sebagai salah seorang ahli biro aktiviti, saya telah menyumbangkan beberapa aktiviti yang boleh kami jalankan bersama kanak-kanak di kampung tersebut. Contohnya, eksplorasi, cari barang hilang, bola beracun, serta permainan suai gambar yang mampu mengeratkan hubungan pelajar Sains Bioperubatan Bersama warga di desa temuan. Selain itu, terdapat juga slot kesedaran yang bertujuan untuk menerangkan kepada mereka tentang kepentingan membasuh tangan terutamanya selepas ke tandas serta bahayanya rokok kepada tubuh badan kita terutamanya paru-paru kita. Saya serta ahli kumpulan yang lain telah menyediakan satu eksperimen buat mereka. Kumpulan kami telah bertungkus-lumus memikirkan satu kaedah agar mudah difahami oleh mereka mengenai kesan asap rokok terhadap paru-paru manusia. Selama dua malam berturut-turut kami telah membuat perjumpaan dan perbincangan. Akhrnya kata sepakat telah tercapai dan kami bekerjasama untukmembuat prototaip paru-paru menggunakan kapas dan botol air.

                Pada harikejadian saya beras amat bersyukur kerana kesemua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jaya sekali. Penerimaan kanak-kanak di situ amat memberangsangkan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa mereka yang hadir pada hari itu untuk melihat anak mereka dalam kadaan yang baik. Seterusnya, sebagai seorang fasilitator saya bertangggungjawab ke atas ahli kumpulan saya yang terdiri daripada enam orang kanak-kanak Desa Temuan dari pelbagai umur dan latar belakang yang berbeza. Faris, Natasha, Bella, Yuni, Luqman dan Rita sangat aktif dan sangat baik. Mereka semua mendengar kata sepanjang eksplorasi di jalankan. Selepas itu, pada waktu rehat, salah seorang daripada mereka dating kepada saya dan memberikan sebatang aiskrim kepada say. Saya berasa amat terharu dan berterima kasih. Setelah tamatnya waktu rehat, saya membawa ksemua kanak-kanak masukke dalam dewan untuk mendengar ceramah tentang rokok dan cara membasuh tangan dengan betul. Saya mendapati bahawa mereka kurang menjaga kebersihan diri mereka. Oleh itu, pendedahan mengenai kebersihan diri ini merupakan sesuatu yang penting buat mereka. Selain itu, tedapat juga ceramah tentang kerjaya yang disampaikan oleh Encik Farrhan. Sebagai fasilitator mereka, saya bertanggungjawab untuk menerangkankepada mereka tentang kerjaya yang mereka berminat seperti doktor, polis dan arkitek. Saya berharap mereka akan berminat untuk bekerja di luar dari kawasan dan budaya mereka. Hal ini akan dapat mengubah kehidupan masyarakat orang asli ke arah kemodenan kelak. Akhirnya, pada sebelah petang, majlis penutup telah diadakan. Sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah dijalankan dengan meriah sekali. Terdapat bunyi sorakan dan jeritan kegembiraan daripada kanak-kanak yang telan memenangi eksplorasi serta mereka yang bertuah. Selepas itu, sesi bergambar diadakan sebagai kenangan untuk semua.

                  Akhirnya, tibalah masa untuk kami pulang ke Universiti Malaya. Hari yang sangat memenatkan namun banyak pengajaran yang saya dapat belajar sepanjang saya melakukan aktiviti tersebut. Anataranya ialah kerjasama, kesabaran, disiplin serta empati. Saya beras gembira kerana projekkami berjalan lanca dan objekif projek juga tercapai. Justeru, saya berharap agar ilmu yang telah kami sampaikan kepada kanak-kanak orang asli itu akan mereka amalkan pada masa hadapan kelak. Saya juga amat berterima kasih kepda banyak pihak yang telah membantu saya pada hari kejadian terutamanya kepada rakan daripada biro lain yang turut sama-sama membatu menjayakan kelancaran majlis tanpa berkira dan yang paling penting ialah hasil bantuan serta sumbangan daripada Dr. Puah Suat Moi, selaku penasihat untuk program Jalinan Masyarakat ini, kami dapat menjayakan program ini dengan gah sekali. Akhir kata, jika diberikan peluang, saya ingin menyertai program khidmat masyarakat sebegini lagi kerana pengalaman tersebut tidak dapat dibeli.
                
                                  
(675 patah perkataan)

Comments