GIG 1005 SOSIAL ENGAGEMENT
PROGRAM
INTERAKSI BERSAMA KAMUNITI DESA TEMUAN
PENULISAN
REFLEKTIF
Afiq Fadhil Bin Abdullah (MIC170002) 3
Mei 2018
Pada awal perjumpaan untuk melantik ketua dan ahli
jawatankuasa (AJK) bagi projek ini, saya memang merancang untuk melakukan
khidmat masyarakat di kawasan orang asli. Hal ini kerana saya ingin membantu
mereka mengubah cara hidup mereka agar lebih baik. Namun penasihat projek kami
iaitu Dr Puah mencadangkan agar kami menerapkan pembelajaran dan pendedahan
berkaitan dengan sains. Dalam projek ini saya merupakan AJK makanan dan
logistik. Oleh itu kami harus menyediakan makanan dan peralatan untuk
melancarkan projek kami. Saya mendapati rakan saya mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Akhirnya
kami berjaya mendapat kelulusan untuk melakukan aktiviti di Kg. Desa Temuan.
Penasihat dan beberapa orang rakan saya telah pergi ke desa tersebut untuk
meninjau lokasi di sana agar kami dapat menyesuaikan dengan aktiviti yang kami
ingin jalankan. Wakil JAKOA yang mengurus kampong tersebut mencadangkan agar
kami membuka satu pameran berkaitan dangan projek kami. Oleh itu, AJK makanan
ditugas kan untuk menyediakan buah tangan untuk diberikan kepada pelajar yang
hadir ke tempat pameran kami. Saya telah pergi ke AEON BIG yang bertempat di
Midvalley untuk membeli barang tersebut. Kami membeli biskut, makanan ringan,
gula-gula dan minuman dengan mengambil kira harga bahan tersebut. Disini saya
belajar bahawa barangan yang murah tidak semestinya tidak berkuliti. Kami harus
menjimatkan pembelanjaan kami kerana anggaran kos kami adalah sedikit.
Sehari sebelum projek kami diadakan, saya telah ke
kampung tersebut untuk menghantar bahan
masakan untuk keesokan harinya. Saya bertanya kepada seorang budak disana “
adik dah makan pagi ker?”. Budak itu menjawab “belum, kitaorang makan sekali
sehari jer”. Saya berasa terharu dengan jawapan itu. Saya telah memberikannya
sekeping bar coklet sebagai hadiah. Semasa saya ingin mengantung banner, mereka
cuba untuk memanjat tangga yang saya gunakan. Biar pun mereka nakal tetapi
mereka sangat pandai menyanyi dan suka berhibur. Pada hari projek kami
dijalankan, saya ditugaskan untuk membuat air minuman untuk makan pagi dan
makan tengahari. Pengalaman yang paling berharga bagi saya adalah, apabila saya
berdiri bersama barisan fasilitator dan ditugaskan untuk mengendalikan
pelajar-pelajar yang telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Menjadi
fasilitator bukan semudah yang disangkakan kerana kami perlu berhadapan dengan
pelbagai kerenah pelajar yang masih mentah dan memerlukan bimbingan kami.
Apabila kami memberi arahan untuk melakukan kerja berkumpulan, mereka sukar
memberi kerjasama dan banyak bermain-main. Bukan itu sahaja, malah ada segelintir
yang tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti yang kami cadangkan tetapi
lebih cenderung untuk melakukan aktiviti sendiri seperti bermain bola dan
berkejaran sesama sendiri. Kami cuba menarik minat pelajar untuk menyertai
aktiviti yang kami adakan dan kami bernasib baik apabila mereka akhirnya turut
terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut sampai ke tengahari. Selesai sudah
beraktiviti, kami mengagihkan makanan tengahari kepada para pelajar mengikut
kumpulan masing-masing. Ketika kami semua menjamu selera, tiba-tiba rakan saya
memanggil saya dan menyuruh saya menemani seorang pelajar yang cedera untuk
dibawa ke klinik. Oleh kerana pelajar tersebut masih berumur 11 tahun, doktor
di klinik tersebut mencadangkan agar kami membawa pelajar tersebut ke PPUM.
Semasa di PPUM, saya cuba menenangkan ibu pelajar tersebut yang risau akan
keadaan anaknya yang telah cedera dibahagian mata. Saya dimaklumkan oleh doktor
yang bertugas untuk menungggu selama 1 jam untuk mendapatkan rawatan dan
pemeriksaan daripada doktor ortopedik. Setelah ibunya mengetahui bahawa
kecederaan anaknya tidak serius, ibunya mula kembali tenang. Saya kembali ke kampong tersebut untuk menghadiri
majlis penutup.
Apa yang saya dapat dari projek ini, bagi melakukan suatu
aktiviti pentingnya rancangan yang teliti bagi memastikan projek yang dilakukan
berjalan lancer. Perancagan tersebut meliputi dana,pengankutan,makanan dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, perancangan yang dibuat perlulah disertakan
dengan satu atau dua lagi perancangan tambahan sebagai sokongan kepada
perancangan tersebut. Ketika menjadi fasilitator, banyak yang telah saya
pelajari baik dari segi mengendalikan kumpulan mahupun mengendalikan pelajar.
Mengendalikan kumpulan dan mengendalikan pelajar merupakan dua perkara yang
berbeza kerana untuk membentuk kumpulan yang hebat, perlulah mengendalikan
pelajar tersebut dengan sebaik munkin. Disamping itu juga, melalui perbualan
saya dengan ibu pelajar di situ, rata-rata mereka masih berfikiran kelas ke-3.
Hal ini kerana mereka meganggap ketidakperluan sistem persekolahan menengah
bagi anak-anak mereka kerana mereka bimbang akan masalah yang bakal timbul
terhadap anak-anak mereka seperti masalah buli, masalah social dan sebagainya.
Saya juga dapat belajar cara berkomunikasi dengan mereka kerana mereka
mempunyai banyak pantang larang semasa bercakap. Oleh itu, saya harus
berhati-hati semasa bercakap agar tidak tersasul dan menyebabkan mereka tidak
menyukai pelajar dari Universiti Malaya pada masa akan datang. Projek khidmat
masyarakat ini banyak mengajar saya untuk bergaul dengan pelajar dari kaum
orang asli kerana meraka banyak pantang larang dalam kehidupan mereka. Sekian
terima kasih.
Comments
Post a Comment