GIG 1005 SOCIAL ENGAGEMENT
Penulisan
Refleksi Diri
Jalinan
Masyarakat di Desa Temuan
Nurul Syazwani Binti
Ahmad Fakrurazi (MIC170040) Date: 3 May 2018
Sehingga
detik ini saya masih lagi tidak percaya bahawa kami sekumpulan pelajar sains
bioperubatan telah berjaya menyiapkan projek Jalinan Masyarakat ini dengan jayanya.
Saya masih lagi teringat akan kanak-kanak yang bermain di sana bersama kami
semua. Saya akan mulakan karangan refleksi diri saya dengan perkara yang kami
lalui sebelum menjalankan program ini. Pada mulanya, kami mula melantik ahli
jawatankuasa bagi setiap biro dan barisan majlis tertinggi. Kami melalukan
undian untuk melantik mereka. Pada saat itu, saya merasakan adakah kita semua
dapat bekerjasama dengan baik? Banyak yang bermain di fikiran kami semua.
Seperti biasa, proses pertama yang kami lakukan ialah memilih tempat untuk
menjalankan program. Banyak yang telah kami pelajari dalam peringkat pertama
ini seperti cara menghubungi orang luar untuk mendapatkan kebenaran menjalankan
aktiviti. Sejujurnya, kami tidak mempunyai pengalaman lansung akan tetapi, kami
berani mencuba dan bertanya prosedur untuk mendapatkan kelulusan kepada pihak
atasan dan kami bernasib baik kerana semua proses berjalan dengan lancar. Saya
telah memilih untuk memasuki biro publisiti dan teknikal dalam projek ini.
Sebab saya memilih untuk masuk ke dalam biro ini ialah saya mempunyai
pengalaman dalam mengedit dan menuli blog. Selain itu, saya mempunyai
pengalaman dalam mengedit video. Jadi, tidak salah untuk saya menyumbangkan tenaga
dalam biro ini, bukan? Saya pada mulanya berasa tidak sabar untuk mula bekerja
pada hari program iaitu merakam video dan mengedit video. Saya amat terharu
kerana diberi peluang untuk mengasah bakat. Sebagai ahli biro teknikal, kami
diberi tugas mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai contoh, Fatin, Izzah,
Beh Yen Yee, Che Jing Ying, dan Aliya diberi tugas untuk mencipta poster untuk
mempromosikan projek ini. Saya amat kagum dengan usaha yang mereka sudah
lakukan. Poster yang mereka cipta amatlah cantik dan padat sesuai dengan projek
ini.
Seterusnya,
saya akan menceritakan pengalaman dan perasaan saya sepanjang hari projek ini
berjalan iaitu pada 29 April 2018. Seawal jam 7.15 pagi, kami semua berkumpul
di setesen bas berhampiran Kolej kediaman pertama (Astar) untuk menunggu bas.
Saya dan rakan-rakan telah sampai di stesen bas tepat pada masanya. Dan adalah
amat baik sekali, kami semua berkumpul beramai-ramai pada masa yang sepatutnya.
Kami bergurau senda di pagi hari agar kami semua mendapat semangat untuk
melakukan aktiviti yang akan dijalankan di Desa Temuan. Ketika ini, saya berasa
amat seronok dan tidak sabar untuk bertemu kanak-kanak di Desa Temuan. Setelah
bas sampai, kami menaikinya dan meneruskan perjalanan ke Desa Temuan.
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk sampai di sana.
Setelah sampai, kami berpecah mengikut kerja masing-masing seperti menyiapkan
makanan, menyiapkan stesen untuk menjalankan aktiviti dan gotong-royong. Saya
sebagai ahli teknikal sudah mula menjalankan tugas dengan merakam gelagat kami
semua menggunakan kamera sendiri dengan harapan rakaman ini dapat menjadi
memori yang terindah buat kami semua. Semua ahli menjalankan tugas dengan penuh
kerjasama dan teratur sekali. Kami semua mendengar arahan ketua tugasan kami
dengan baik sekali bagi memudahkan proses persediaan sebelum aktiviti
benar-benar bermula. Ketika ini, kanak-kanak dari Desa Temuan sudah mula
berkumpul. Mereka datang bersama ibu bapa mereka. Kelihatan riang di riak wajah
mereka ketika berjumpa dengan kami. Hal ini menyebabkan kami semua lebih
bersemangat dan teruja untuk menjalinkan interaksi dengan seronok bersama
mereka semua. Aktivit pertama yang diadakan ialah Zumba. Ketika ini bukan
sahaja kanak-kanak yang terlibat dalam zumba ini, malah saya bersama
rakan-rakan turut menyertainya dengan riang dan aktifnya. Kami semua amat
gembira kerana kanak-kanak amat menyukai aktiviti ini. Selepas itu, aktiviti
‘explore race’ dijalankan. Ketika ini kanak-kanak dibahagikan mengikut kumpulan
dan kami menjadi fasi mereka sepanjang aktiviti-aktiviti dilaksanakan bagi
memantau keadaan mereka semua. Kami semua dapat menjalinkan hubungan mesra
dengan kanak-kanak ini. Sejujurnya, kanak-kanak ini amat nakal dan ceria. Pada
mulanya, agak susah untuk mengawal mereka akan tetapi kami semua sebagai fasi
berjaya memujuk dan memastikan keadaan sentiasa dalam kawalan yang baik. Saya
masih ingat pada suatu ketika di mana saya mengajak kanak-kanak ini untuk
berkaraoke. Kanak-kanak amat teruja dan terus berlari ke arah saya. Memori ini
akan saya kenang sampai bila-bila. Saya tidak akan dapat lupa riak wajah
kanak-kanak ini yang gembira dan sentiasa ceria di hadapan kami. Saya amat
menghargai mereka kerana disebabkan keceriaan mereka yang membuatkan kami lupa
akan kepenatan yang kami rasai sepanjang menjalankan program ini. Saya masih
ingat nama kanak-kanak ini seperti Hakimi, Hakim dan Maxis kerana mereka
merupakan anak buah saya di dalam kumpulan. Saya sudah mula rindu gelagat
mereka yang comel dan kelakar. Saya amat berharap mereka dapat menjalankan
hidup mereka dengan lebih baik pada masa akan datang dan sentiasa berbahagia.
Akhir
sekali, setelah tamat seluruh program pada hari Ahad yang lalu, kami sebagai
ahli teknikal mula menjalankan kerja iaitu menyiapkan video tentang keseluruhan
program.Banyak adegan yang kami dapat rakam, telatah kanak-kanak yang amat
memberikan senyuman dibibir kami. Kami amat bersyukur kerana program ini
berjaya dilaksanakan dengan penuh keseronokan dan kenangan yang manis. Sebagai
cadangan untuk masa yang akan datang, saya mencadangkan agar pelajar untuk kos
ini pada tahun depan dapat meneruskan aktiviti di kampung Desa Temuan ini agar
kita dapat mengikuti perkembangan kanak-kanak ini. Selain itu, saya turut
mencadangkan agar ‘batch’ akan datang dapat menjalankan aktiviti yang lebih
baik dan teratur daripada tahun ini. Bagi saya, tahun ini prestasi kami semua
amat baik, akan tetapi saya berharap agar perkara yang lebih baik dapat
dilakukan agar kanak-kanak ini dapat mendapat sesuatu untuk dipelajari dengan
kaedah yang lebih efektif. Satu pengajaran yang paling saya pelajari daripada
projek ini ialah semangat kerjasama antara kesemua 44 pelajar sains
bioperubatan tahun 1, 2018. Dengan semangat kerjasama yang tulus dan ikhlas
inilah yang membuatkan projek ini berhasil dengan jayanya. Saya juga ingin
berterima kasih kepada barisan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa serta Dr.
Puah kerana membimbing kami semua dengan baik dan memberi peluang kepada saya
untuk merasai pengalaman yang berharga ini.
(954 perkataan)
Comments
Post a Comment