GIG 1005 JALINAN
MASYARAKAT
PENULISAN REFLEKSI
PROGRAM JALINAN
MASYARAKAT DI KAMPUNG ORANG ASLI DESA TEMUAN
Nur Natasha Fariha Binti Mohd Hanafi (MIC 170032) Tarikh: 4 Mei 2018
Bermula
dari sem 1 lagi kami telah membuat satu perjumpaan bersama Dr. Puah Suat Moi.
Dr. Puah Suat Moi memberi sedikit pendedahan tentang Kursus Jalinan Masyarakat
kepada kami supaya kami dapat membuat perancangan awal berkaitan program yang
bakal kami laksanakan. Semester 2 kami bermula dengan pelbagai drama, ada suka,
ada duka, penat lelah semuanya bercampur baur menjadi pengajaran sekali gus
mencoretkan kenangan antara kami. Sebelum melaksanakan program ini, saya dan
rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat untuk melantik jawatankuasa
tertinggi untuk program ini. Saya telah memilih menjadi salah satu ahli biro
makanan dan tugas-tugas khas. Pada hari tersebut, kami telah berbincang mengenai
program yang akan dijalankan untuk subjek ini. Hasil daripada perbincangan itu
adalah kami bersetuju untuk mengadakan program di perkampungan orang asli
tetapi kami masih tidak memutuskan kampung orang asli yang kami akan pergi.
Setelah beberapa perjumpaan barulah kami memutuskan untuk ke Kampung Orang Ali Desa Temuan di
Damansara Perdana, Selangor.
Sebelum program jalinan masyarakat di Desa
Temuan, kami perlu menjalan aktiviti “Fund-raising” untuk mendapatkan dana
supaya kami dapat membuat persiapan sebelum program tersebut dijalankan. Kami
juga telah bersetuju untuk mengeluarkan RM50 seorang untuk kegunaan program
ini. Kami juga mewajibkan setiap ahli untuk membeli t-shirt dan keuntungan
daripada jualan t-shirt itu kami masukkan ke dalam tabung dana program ini.
Selain itu, kami juga telah melakukan ‘car-wash’ pada hujung minggu. Kami berjaya
mengumpul ±RM500 dalam masa hanya 4 jam. Melalui aktiviti ‘carwash’ ini saya
dapat mempelajari bagaimana cara untuk memdapatkan dana dengan banyak dalam
masa yang singkat. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan kami antara
satu sama lain.
Sebelum
program tersebut, beberapa orang daripada kami telah ke kampung tersebut untuk
menhebahkan program kami kepada penduduk di sana. Saya dan beberapa ahli biro
makanan telah pergi ke pasaraya untuk membeli sedikit cenderahati kepada
kanak-kanak di sana. Pada malam sebelum hari kejadian, kami telah melakukan
aktiviti ‘Test Run’. Selain bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar,
kami juga dapat melepaskan stres untuk sementara waktu. Kami dapat keluar dari
kepompong kerja dan melupakan segala kerja yang tidak pernah habis dan stres ‘conass’buat
seketika. Setelah melakukan test run, saya dan ahli biro yang lain membalut
hamper yang kami akan berikan kepada VIP dan kanak-kanak di sana. Saya dapat
belajar cara untuk membalut hamper. Kami memutuskan untuk membeli dan
membungkus sendiri hamper adalah kerana kami ingin mengurangkan kos
perbelanjaan dan kami dapat memilih sendiri barang-barang yang sesuai untuk
kanak-kanak.
Setelah
fasa perancangan dan persediaan kami berlalu, sekarang tibalah masanya kami
bertolak ke Kampung Desa Temuan. Semasa perjalanan, kami berasa tidak sabar dan
teruja untuk berjumpa kanak-kanak disana.Setelah tiba disana, saya dan ahli
biro yang lain bergerak ke dapur untuk membuat persiapan makanan dan minuman
kepada kanak-kanak manakala kawan-kawan yang ahli melakukan aktiviti zumba dan
‘explorerace’ bersama kanak-kanak dan ada juga diantara kami membuat gotong
royong membersihkan kawasan dewan. Saya dapat belajar membuat sandwich sardine
dan telur. Kami juga dibantu oleh beberapa ibu kanak-kanak.Kami menyediakan
roti krim sebagai sarapan pagi. Kami juga terpaksa berkongsi dapur dengan
pelajar dari Fakulti Undang-undang. Hal ini telah menyebabkan kerja-kerja
memasak menjadi lambat. Walau bagaimanapun, kami berjaya menyediakan 220 keping
sandwich dan air sirap kepada kanak-kanak sebagai makanan tengahari. Setelah
itu, kami mengagihkan makanan kepada kanak-kanak tetapi sebelum memberikan
makanan kepada mereka, kami telah meyuruh kanak-kanak mencuci tangan mereka
terlebih dahulu.Pensyarah-pensyarah kami juga turut datang memberi sokongan
bagi menjayakan program ini. Pensyarah juga membawa makanan lain seperti nasi
goreng dan dadih. Pelajar dari fakulti undang-undang juga turut membawa makanan
seperti roti dan nugget. Hal ini menyebabkan makanan terlalu banyak dan
berlebihan.
Selepas
makan tengahari, kami berkumpul di dewan untuk melakukan aktiviti yang
seterusnya.Kami telah mengadakan aktivii menarik sekaligus memyampaikan maklumat yang penting
seperti memberi pendedahan bahaya rokok dan kepentingan menjaga kebersihan. Kami
juga telah mengadakan motivasi mengenai kerjaya yang dikendalikan oleh ketua
kami iaitu Farrhan. Kami memberi semangat kepada mereka supaya mempunyai
cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Kanak-kanak disana sangatlah peramah dan
comel. Mereka memanggil kami dengan panggilan “Cikgu”. Kami dapat berinteraksi
dengan kanak-kanak di sana ketika program berlangsung. Saya lihat kanak-kanak
asli ini sangat gembira dan seronok menyertai aktiviti-aktiviti yang telah kami
tetapkan. Sangat mudah untuk kami menarik minat kanak-kanak asli ini kerana
meraka sangatlah peramah. Terdapat beberapa masalah ketika program iaitu kami
terpaksa mengadakan aktiviti yang tidak dirancang bersama kanak-kanak. untuk
mengisi masa yang seharusnya diisi dengan aktiviti bersama penduduk untuk kami
belajar seni kraftangan orang asli. Oleh itu, kami telah mengadakan beberapa
permainan bersama kanak-kanak seperti ‘music chair’. Dewan menjadi riuh dengan
jeritan dan gelak ketawa kanak-kanak. Oleh itu, saya dapat mempelajari bahawa
kami perlu meyediakan ‘backup plan’ sekiranya ‘first plan’ tidak menjadi.
Majlis
penutup telah diadakan pada pukul 2 petang. Ucapan, pemberian hadiah kepada
pemenang aktiviti ‘explorerace’ dan cabutan bertuah telah diadakan. Saya berasa
senang apabila melihat kegembiraan
terpancar diwajah mereka ketika menerima hadiah. Majlis tidak akan lengkap
tanpa sesi fotografi. Kami mengambil gambar bersama-sama kanak-kanak Asli,
pensyarah serta Encik Azman di pentas sebagai kenang-kenangan. Kami berasa
sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kanak-kanak asli yang peramah ini.
Sekejap sahaja masa berlalu. Kami bertolak pulang dengan harapan program
seperti ini dijalankan sekali lagi.
Selepas
perpisahan tersebut memang tidak dinafikan program Jalinan Masyarakat memberi
kenangan dan impak yang positif kepada saya. Sehingga sekarang saya tidak dapat
melupakan1001 kenangan manis yang telah kami bina bersama. Saya juga
mempelajari banyak perkara terutamanya cara untuk menegendalikan sesebuah
majlis. Kami juga dapat mengetahui pantang larang Orang Asli sepeti kita tidak
boleh meneyebut perkataan “Orang Asal” dan “Sakai” dihadapan mereka. Selain
itu, saya dapat merasakan ukhuwah dan ikatan yang erat antara rakan-rakan
sepanjang gerak kerja kami. Secara tidak langsung, silaturahim ini dapat kami
bawakan dan sebarkan di perkampungan orang asli yang menjadikan program ini
lebih berjaya. Saya juga dapat belajar betapa pentingnya kerjasama yang baik
dan saling menghormati keputusan yang dibuat antara biro, terutamanya
melibatkan tentatif program yang telah dibincangkan bersama. Akhir sekali,
program ini telah banyak memberi inspirasi kepada diri saya supaya menghargai
apa yang kita miliki dan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mencipta
saya dengan sempurna tanpa kecacatan. Diharap juga program seumpamanya dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang Sekian, terima kasih.
(1000
patah perkataan)
Comments
Post a Comment