Norizzaty binti Mohd Zain (MIC170025)

GIG 1005 JALINAN MASYARAKAT
PENULISAN REFLEKTIF
KAMPUNG ORANG ASLI DESA TEMUAN

NORIZZATY BINTI MOHD ZAIN (MIC170025)                                                           30 April 2018
     
        Saya mendapat tahu kami, pelajar tahun satu Sains Bioperubatan perlu mengambil kursus Jalinan Masyarakat sebagai pelengkap kepada kursus universiti pada akhir semester 1 tahun 1. Pada masa itu, saya terfikir aktiviti apa yang boleh kami lakukan. Masuk sahaja semester 2, terus Dr. Puah, penasihat kami memberi penerangan berkenaan apa yang perlu kami lakukan. Pada semester ini, kurikulum bagi jalinan masyarakat berlainan sedikit dengan tahun sebelum ini. Dengar sahaja begitu, saya berasa risau adakah program ini akan berjaya atau sebaliknya. Pada minggu ke 3, kami telah memilih kampung orang asli untuk membuat program kami tapi kami tidak mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kampung orang asli. Kami telah menghubungi pihak JAKOA untuk meminta cadangan kampung orang asli mana yang sesuai dan pihak JAKOA mencadangkan Desa Temuan.

        Seterusnya, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas- tugas tertentu. Saya masuk ke kumpulan dana kerana saya mahu tahu bagaimana kumpulan ini mendapatkan dana. Kami telah bermesyuarat dan berjumpa untuk membincangkan tentang cara mengumpul dana. Dari situ, kami menelefon beberapa syarikat untuk meminta sumbangan dari segi tunai atau barangan. Maklum sajalah program sebegini memerlukan banyak wang. Setelah menelefon dan menghantar e-mail berkaitan program kami kepada syarikat- syarikat berkenaan, namun tiada jawapan daripada pihak mereka. Namun demikian, kami tidak berputus asa. Kami merancang untuk menjual baju yang akan kami gunakan pada hari kejadian. Selain itu, kami juga ada membuat penjanaan dana dengan membuat aktiviti mencuci kereta di tempat letak kereta di fakulti perubatan. Tidak menyangka aktiviti membasuh kereta kami bertembung dengan pelajar fakulti alam bina yang melakukan aktiviti yang sama pada 6 April 2018. Saya wakil daripada biro dana telah berjumpa dengan wakil dari alam bina dan mencapai persetujuan untuk membahagikan kawasan. Pada mulanya saya berasa kuatir jika tidak dapat banyak kutipan kerana pada minggu sebelumnya terdapat kumpulan lain telah melaksana aktiviti tersebut di tempat yang sama. Namum begitu, berkat usaha yang gigih kami dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

          Pada 29 April 2018, kami bertolak ke Desa Temuan dengan menaiki bas. Kami sampai disana pada pukul 8.15 pagi dan kanak-kanak di desa itu menyambut gembira kedatangan kami. Saya rase teruja untuk memulakan segala yang telah dirancang rapi selama beberapa bulan ini. Kami mulakan aktiviti dengan senaman yang diketuai oleh pelajar perundangan. Kemudian, saya melakukan aktiviti gotong- royong membersihakan dewan bersama- sama dengan pelajar perundangan. Selepas selesai gotong-royong, saya menolong biro makanan untuk menyiapakan sandwich sebagai makan tengah hari. Kami dikejutkan dengan kecederaan yang berlaku kepada salah seorang kanak-kanak kerana bergaduh dengan kawan semasa waktu rehat. Namun begitu, keadaan dapat ditenangkan dan kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan. Program diteruskan dengan aktiviti yang telah dirancang. Tepat jam 4 petang, tamatlah program kami di sana dan bergerak pulang.

        Pada pendapat saya, program yang kami telah rancangkan telah dapat berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa isu yang timbul namun kami dapat mengatasinya dengan baik. Melalui program ini saya dapat belajr cara menguruskan sesebuah acara sama ada sebelum, semasa dah selepas acara tersebut berlangsung. Ini merupakan pengalaman yang bermakna kepada saya kerana ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam menganjurkan aktiviti seperti ini. Saya pasti akan membuat aktiviti sukarelawan sebegini di kemudian hari. Saya pasti kanak-kanak di Desa Temuan juga amat gembira dengan kehadiran kami. Melihat mereka, saya berasa sangat bersyukur dengan kehidupan dan peluang yang saya dapat sekarang. 

(540 patah perkataan)

Comments