Husna Rusyadah binti Rasidi (MIC170015)

GIG1005 JALINAN MASYARAKAT
PENULISAN REFLEKTIF
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT DESA TEMUAN

HUSNA RUSYADAH BINTI RASIDI                                                          TARIKH:30 APRIL 2018

RIWAYAT SEBUAH PERJALANAN
SATU RENCAH PELENGKAP RASA
Setiap perkara yang berlaku bermula dari satu kejaiban iaitu ilham. Yang mana bakal membuka satu perancangan. Disinilah titik tolak bermulanya satu perjalanan. Tanggal 5 Februari 2018.disangkakan ilham sekelompok manusia hanyalah satu rencah pelengkap rasa, siapa sangka itulah sebenarnya impian besar dari suatu yang kerdil. Bermulah perancangan kami untuk ke perkampungan orang asli dan bermulalah perangkaan perjalanan kami yang pada awalnya hanyalah ingin memenuhi keperluan universiti. Perancangan yang kosong, dibantu sang guru yang cukup dedikasi. Bermula dari penetapan lokasi dan mencari cara perhubungan. Huh! Disangkakan mudah, sukar rupanya. Kami perlu berurusan dengan pihak JAKOA yang menjaga kebajikan orang asli. Akhirnya, kami berjaya memperoleh satu destinasi iaitu Bukit Lanjan, Damansara. Kami diuji dari segi waktu dan kewangan, namun perancangan tuhan itu hebat kerana ia dapat diatasi dengan bantuan serta semangat sahabat perjuangan serta pihak JAKOA itu sendiri. ‘Car Wash’, meletihkan namun siapa sangka sangat meriangkan dan yang paling penting berbaloi. Pada tanggal 25 Mac 2018, kami mula mengorak langkah bertemu komuniti setelah puas berurusan dengan Encik Azman iaitu insan yang dianugerahkan dengan peribadi yang mulia kerana menjaga insan yang tiada pertalian darah. Wah! Ditengah-tengah bandar metropolitan ini masih wujudnya kampung orang asli yang sebenarnya lebih ke ‘Taman’ orang asli.  Pertemuan pertama kali, membawa kepada 1001 perdebaran. Adakah kami mampu? Adakah kami diterima?. Setelah hari berlabuh, segala perdebaran dan persoalan terjawab, YA! Manusia tidak terlepas untuk sentiasa diuji,dalam menghitung hari untuk menempuh hari sebenar, kami dijui dengan kuantiti. Hahahah.Berbekalkan observasi kami,hanyalah sedikit kanak-kanak yang berdaftar, siapa sangka jumlah yang diminta oleh pihak sana dua kali ganda.Namun semua itu dapat diatasi. Segala persiapan siap dibeli dan disediakan olah biro masing-masing.Tanggal 28 April, perdebaran semakin terasa,  AYUH skuad semua kita mampu.

AGAR KU TAK LUPA
Dalam kesibukan kota metropolitan , tidak semuanya indah, tidak semuanya mudah, dan tidak semua bahagia. Masih ada insan yang berhempas pulas untuk meraih sebuah kesenangan.Huh! Tak tidur malam kami dibuatnya, memikirkan hari yang bakal tiba. Alhamdulillah,  pada 0715, kami telah berkumpul di tempat menunggu bas Kolej Kediaman Pertama.Astar Lavista, Astar La la Vista. Wah! Mercedes Benz jemput kami. Eh tak, itu bas okay! 0745, tayar bas kami bergolek menuju ke Kampung Desa Temuan.Ketibaan kami tidaklah disambut dengan sekumpulan pasukan kompang, namun kehadiran kanak-kanak kecil cukup melegakan hati yang gusar. Sedikit demi sedikit kanak-kanak mula membanjiri Balai Raya Desa Temuan. Disana kami telah bergerak ke bahagian tugas masing-masing seperti ke bahagian masakan yang mana bertangunggjawab menyediakan makan pagi dan tengah hari, bahagian aktiviti yang dipertangunggjawabkan dalam  semua aktiviti fizikal dan banyak bahagian lagi. Namun pembahagian ini tidak menjadi benteng untuk menghalang kami menyertai semua aktiviti serta menceriakan semua kanak-kanak. Dalam kegusaran memikirkan makanan mungkin tidah mencukupi, kami dikurniakan insan yang sudi menghulur tangan memberi makanan serta cendrahati. Aktiviti pagi itu bermula dengan aktiviti zumba,makan pagi dan explorace , yang turut melibatkan pelajar fakulti perundangan Universiti Malaya. Gelagat dan telatah mereka sangat menghiburkan hati. Namun, orang tua dahulu pernah menyatakan ‘kalau seronok sangat nanti ada yang menangis’. Hal ini terbukti, apabila berlakunya pergaduhan antara dua orang kana-kanak lelaki yang membawa kepada kecederaan dan yang sebenarnya bermula dari kitadaksengajaaan. Luqman, Luqman. Semua dapat bernafas lega kerana ini bukan kecederaan serius. Dan akhir sekali, kami beralih ke upacara penutupan yang sebenarnya acara yang paling ditunggu-ditunggukan bukan hanya kanak-kanak malah kaum ibu juga.Masing-masing tidak sabra menanti habuan serta tuah. Hal ini turut membuatkan semua tidak senang duduk. Pelbagai hadiah telah disediakan seperti hamper, beg roda, alat tulis dan sebagainya. Tepat 1530, majlis tamat dan semua mula beransur pulang, begitu juga dengan kami, yang setelah seharian berhempas pulas dan kepenatan.Sedih dan gembira. Hanya itulah emosi yang mengiringi keberangkatan pulang kami ditambahkan dngan rasa mengantuk sebenarnya.

KAU ILHAMKU
Di keheningan malam, diri mula terpikir, betapa kami sebenarnya boleh bekerjasama dan bersatu hati walaupun berlatar belakang yang berbeza serta saya membayangkan ini adalah penglibtan yang menyeronokkan dan berhasrat untuk menyertai program sebegini lagi.Dan sebenarnya, saya ada dua impian jangka pendek, iaitu untuk ke rumah orang asli dan Zoo Negara, satu dah tertunai, satu lagi bila pula ya.Saya turut memikirkan betapa kanak-kanak ini sangat mengajar kita untuk menerima orang dan membuatkan kita rasa senang. Insan kerdil yang disangka membawa satu kelelahan sebenarnya membawa sejuta pengajaran bahawa hidup kita inilah pinjaman dan kita perlu sentiasa berbakti dan membahagiakan diri kita serta orang sekeliling. Adik- adik; kau ilhamku.


                                                                                                                                                                              (715 PATAH PERKATAAN)

Comments